RM10.00

Rentetan terhasilnya buku Iqra’, SS Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri merasa terpanggil untuk melebarkan lagi perbincangan berkenaan dengan tajuk Perpustakaan Dalam Islam. Al-Imam Hasan al-Bana menggalakkan rakan-rakannya supaya mengadakan perpustakaan peribadi di rumah. Para pencinta ilmu sudah pasti akan mengumpul pelbagai buku dan koleksi karya mengikut bidang dan ikhtisas masing-masing. Maka tidak hairanlah, ramai di kalangan ulama dan cendekiawan Islam, mempunyai perpustakaan peribadi yang mewah dan berkualiti. Malah,ada kisah mereka yang mati kerana ditimpa buku-buku atau jatuh kerana ditimpa buku-buku atau jatuh ketika memanjat tangga untuk mengambil buku di atas rak.

Ibn al-Jauzi pernah mewasiatkan kepada para ulama dan penuntut ilmu dengan berkata : “Hendaklah bagimu di rumahmu tempat yang mana kamu boleh berkhalwat dengannya dan membaca baris-baris kitabmu serta menggerakkan kebersihah akalmu”. Semoga rumah orang Islam mempunyai perpustakaan peribadi yang sudah pasti dapat menyinar kehidupan mereka dengan bahan ilmiah untuk maji ke hadapan lagi.

Out of stock